Mudahnya ibu bapa sekarang ni. Nak semak keputusan peperiksaan anak pun guna hujung jari saja. Tak perlu lagi nak bersusah payah sejak wujudnya SAPS Ibu Bapa. Tapi sebelum tu nak tanya, korang tahu tak apa itu SAPS Ibu Bapa?
SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah merupakan inisiatif daripada Kementerian pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan dan ujian anak dari darjah satu hingga tingkatan 5.
I rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini. Jangan bimbang, anda masih tak ketinggalan apa-apa pun. I kongsikan cara nak memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa.
Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.
![]() |
Saps Ibu Bapa 2017 / 2018 | Mudahnya semak keputusan peperiksaan |
Apabila ibu bapa sudah boleh menyemak keputusan anak masing-masing pada bila-bila masa dan di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai batu loncatan kepada kita dalam mendidik anak-anak dan sentiasa memantau pencapaian mereka. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.
Dah tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ni, I berbesar hati sangat kalau korang dapat share artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.